pemilikbegtarikpatah

Sunday, June 26, 2016

Iftar with BFF

So Ramadan tahun 2016 ni rasa nak buka puasa makan makanan Korea...masih tak bole move on sbb blik dr Korea kot...so im craving all type of food...hotteok, tteokbokki , aiskrim snowflake dia..haisshhhm.....so alang2 nak jupe my sis Shida kat Ampang..we olz search for halal Korean food..dengar nya ada perkampungan Korea kat Ampang tu..so I give my sis Shida to book and choose the place...sepatutnya I nak buka dgn kwn2 Destar Limar I...but because of other commitments..I berdua je dgn sis Shida n sorang lagi bff I Ain..
About this restaurant...I love the interior...very cozy n style... nama restaurant Sweetree http://www.sweetree.net/
Alamat
No 13 L-1.2,Jalan Ampang Putra,
Taman Putra Suliman,
Ampang Selangor
Buffet dalam RM 40 pelbagai jenis makanan Korea ada kat sni..sekurang2 nya dpt juga melepakan rindu kat semua makanan Korea..hehe
.and the best thing jugak..dpt story more and chitchat with both of my bff... place ni pon best klo korang jenis minat n suka lepak2..sbb sgt selesa Dan saujana mata memandang interior restoran ni...smpai sni dlu..food hunt with love...

Saturday, April 16, 2016

Preparation ke KOREA

Aku akan pergi ke Korea  hujung bulan 5 nt.. So Kali I tak kembara sendirian..I bwak teman kami ber4 ke sana.. Ari ni hari terakhir Mattta Fair kat PWTC.. Trip Kali ni mmg aku tiada kesempatan langsung nak study n fokus 100%...dgn kesibukan di sekolah menyebabkan aku xdpt nk buka balik route yg aku da buat skit dgn Bff aku Ain. Maka niat p matta Kali ni nk cri maklumat lengkap ttg pengangkutan awam kt Korea . Korail pass . n disebabkan tiket 2org kwn aku lagi xsmpat beli.maka aku pon tgh usha2 jugak price tiket tuk ke sna..
Misi ke Korea...tp hati tertinggal di Jepun..acano tu....hasiihh...ttp nak pergi booth Japan kan walau apa pon...
 
selepas cari info yang tak seberapa kat matta fair, rupa-rupanya kita leh dapatkan pelbagai diskaun kat korea plaza. tapi ada berapa perkara yang perlu kita buat seblum pergi kat korea plaza  tu. Korea Plaza terletak kat :
 
 
 
Korea Plaza (Tourist Information)
Ground Floor, Menara Hap Seng,
Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Untuk dapatkan diskaun dan T-money u guys perlu print tiket flight dan jawab soal selidik kat web dia ni-> survay tp sebelum tu korang kena register dlu kot baru leh jawab survey ni -> register lepas jawab soalan akan keluar no kod, simpan kod tu dan tunjukkan di kaunter kat Korea Plaza tu .
 
boleh jugak jawab survey kat sni
Serta merta u guys dapat bunch of diskaun book n T-money kad..heheh..leh la guna t kat Korea!!
 
 
Jimat sgt beb!!contohnya tiket masuk Everland dapat 30% diskaun..lebih banyak berbanding diskaun yg diberi kat web Everland.
 
so use those coupon wisely guys!! mmg sangat menjimatkan!! have fun !!!
 

Friday, February 26, 2016

Program Aspirasi Muzik Eco-Band

Perjalanan baharu bg diri aku belajar muzik...peluang Dan ruang yg diberikan..so grab ilmu yg ada.... Program anjuran EIJAU melatih murid2..

So kehidupan akan jd lebih padat dari biasa...kata tak nak jd yg biasa2..so kena lah jadi luar biasa...hehhe...(dlm ati merintih sebenrnya)

Saturday, February 20, 2016

MESYUARAT PIBG

Arini mesyuarat PIBG sekolah I...En Ghaffar A.Bakar yg ensem-ensem tu pengetua SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA yg telah pun I berkhidmat selama 5 tahun...Alhamdulillah... Syukur dah 5thn dlm bidang pendidikan ini.... I masih sayangkan dunia pendidikan... Moga terus maju n dan memberikan full komitmen dalam dunia pendidikan ini...

Thursday, October 15, 2015

GREEN CURRY MAK KAU IJAU

Teringin nak makan green curr, selalu aku beli pes siap je..tp kali ni aku try buat sndr. perubaan pertama tak mengecewakan. so aku google cari resipi  dan sedikit improvise. antara bahan

bawang kecil 3biji
serai 2 batang
daun ketumbar
serbuk jintan manis
gula secukup rasa
garam secukup rasa
cili hijau 8 batang
bawang putih 3 ulas
sos ikan
bahan di atas blend smpi jadi pes

Ayam 500g
santan kotak kecil
daun kari
daun limau purut
kentang
tomato

Tumis pes dalam periuk...sampai naik bau.
Kemudian masukkan ayam dan kentang masukkan sedikit air kmudian tutup periuk. Tunggu sehingga ayam empuk.

dah empuk masukkan santan .. Tomato daun limau purut dan daun kari. Tggu beberapa minit kacau.

rasa boleh tahan..tp next time aku nk tmbh lagi daun ketumbar or lada hijau...sbb kurang ijau nya..hehe...Selamat Mencuba guys!!






Saturday, September 26, 2015

Check-in Check-out

Entri kali ni nak cerita tentang penginapan aku kat Jepun selama 6 hari tu.

Sebelum tu aku nak mohon maaf klo lambat kluar pasal entri2 pasal trip Jepun aku ni.

Ok, my 1st nite aku di Takayama..Pekan yang mystery pada aku... Takayama adalah satu tmpat yang menarik tuk dilawati. Walaupon kawasan ni tak la bape maju, namun ia mempunyai ciri2 dan pekej lengkap tuk dilawati.

Di Takayama aku bermalam di Sakura Guest House.


Dari Takayama densya (station) ke Sakura Guest  House dalam 1.6km.. jalan kaki dalam 17 min kata Google Maps. tapi aku rasa klo jalan berpeluh keti jugak tu...oleh sebab aku smpai agak malam..so aku xde la brani nak jalan kaki dgn beg aku yg patah tu...1st day la katakan.. aku nak teksi malam tu ke guest house tu.. aku pilih bilik kongsi 8 tapi syukur masa tu ade 2 org je dlm tu termasuk aku..so xde la crowded sgt. Lucky me. Harga semalam kat Sakura Guest House aku dapat 2500¥ duit kita dalam RM 75.00 (masa RM lom jatuh).leh booking kat sni SakuraGuestHouse  Dari segi bilik air toilet pada aku bersih. Bilik  mandi jenis bilik kecik n tandas pula jenis duduk hi-tech lah..tekan kua air..hehe.. Kelengkapan semua ada kat dapur. Mesin Basuh Syiling pon ade. tip top.....
bilik tuk 8 orang

katil bersih dah selesa

with uncle yg duk kat reception (English bole thn la)
Bagusnya Guest House ni deat dgn Hida Folk House. Leh sewa basikal then kayuh lah ke atas bukit pergi Folk House tu, smbil2 leh tgk pemandangan sawah, rumah lama, ada Teddy Bear Café best lah!! huhu aku boleh cakap kat sni pemandangan di Takayama ni mmg aku bagi cap jempollah pada mereka2 sukakan nature!! oh ya.. Area sni sejuk. syok jeww...

pemandangan dr tgkap bilik pada pukul 3.29 a.m (subuh)


pemandangan pukul 8.30 a.m. view yg osem kan??


Ok. 2nd nite adalah di Toyama. di Toyama I aku bermalam Ryokan Kiyota. Perjalanan dr Toyama Densya ke Ryokan Kiyota 1.4 km. (jalan kaki 17 min) tp aku naik teksi kena dalam 1050¥. Ryokan adalah hotel yang reka bentuk nya kita akan rasa  n feel Jepun., tilam dia, meja jepun dia, alas tatami even pintu slide jepun tu..merasa dek feel org Jepun.




Bab harga pulak 3240¥ (RM 97) dan Lucky Me again, aku sebenarnya book bilik kongsi (duduk 6 org). Tp bertuahnya aku, aku dapat bilik sorang sebab bilik dia yang berkongsi full..Lucky tak?? the reason aku pilih hotel ni sebab klo ikotkan dekat dengan Toyama Densya, sebab esok nya pag2 plan aku ke  Alpine Route. Hotel ni juga dekat dgn pengangkutan awm iaitu Chitetsu Toyama Line pada esok pagi aku pergi ke Toyama Densya menaiki tremcar ni sbb dapat tiket percuma.!!



Nak cite pasal bilik air lak. Bilik air dan bilik mandi bersih, cuma ilik air kena kongsi beb!!! JAPANESE STYLE. So subuh2 lagi aku da mandi awal2 takot kena kongsi. Kene berbog**..hikhik..malu siot. Toilet ada jenis duduk dan cangkung. Level bilik aku tu jenis cangkung.
pada aku pengalaman yg best...Yg penting aku MERASA yo!! cap jempol jugak aku bagi pada mereka yg nak sesuatu kelainan!!

with Hamai Noriko (sgt baik n peramah)
My 3rd hotel adalah di Tokyo!!! kat Tokyo aku stay selama 4 hari 3malam. oleh sebab aku nak berjalan sakan di Tokyo. Maka aku perlu lah mencari hotel yang dekat dengan pengangkutan awan dan attraction . Lalu aku memilih untuk bermalam di Juyoh Hotel.

4 hari 3 malam di sini aku di caj sebanyak 9700¥ (RM 286) kira satu malam RM 95. Ok la..Bajet What??! hotel ni dekat dengan attraction spt ASAkusa Temple, Tokyo Tower dll. nak ke DISNEYLAND/ SEA pon senang.

Asakusa Tample

Tokyo Tower blakang tu

Kat Tokyo ni aku pilih ntuk duk bilik sorang... sebab aku akan banyak travel..risau lak beg tggalkan kalau duk bilik kongsi. dengan harga yang camtu dapat jugak aku bilik sorang tapi kecik je. memadai lah sbb nak tempat tidur je,janji ada airkon . Dalam bilik ni tv pon takde. gambar leh tgk kat link aku bagi tu kat Juyoh Hotel.

kunci bilik aku..beso. elok tggl kan kat kaunter bila klua

Bilik air lak terletak kat floor paling atas. Bersih. Wangi dan lengkap.. Toilet pon sama cam biasa lah toilet hi-tech.



Kalau nak basuh baju pon boleh, beli sabun kat kaunter bawah.


Oh ya!! dari densya terdekat ke hotel ni adalah station Minami-Senju. So jalan dari Minami- Senju tu dalam 1km (15-20min jalan kaki) n jalan area ke hotel sunyi malam2..but still safe.


Hotel ke 4  aku di OSAKA sebelum aku berjumpa dgn group sekolah aku...yeahhhh!!!. so aku hanya decide nak tidur je maka aku ambil n choose Backpackers Hotel Toyo. Hotel yg paling murah stakat ni dalam percutian bajet aku. 1900¥ (RM57) untuk satu malam.


hotel penuh artistik

Ruang hotel lebih kurang mcm Juyoh Hotel tapi ada tv. Nak view ttg hotel leh klik kat link yea...
hotel nii dekat dengan Shin-Imamiya Station. Dalam 400m je aku jalan kaki dalam 10 min je la.
toilet dan bilik mandi cam biasa bersih.

Itu lah dia Entri pasal hotel aku pergi solo trip sulong aku. Pesanan aku jgn risau lah akan kebersihan kat hotel kat Jepun ni.Walaupon jenis toilet sharing tetap bersih dan berjaga. Pengalaman indah aku adalah aku belajar bagaimana  tuk cari sesuatu tempat tu, yakin pada diri dan gunakan kepakaran kebolehan yg aku ada! SETIAP MANUSIA ITU UNIK KAN?!!



Sunday, June 7, 2015

EDO TOKYO MUSEUM (Day 4 part 2)

DAY 4 (part 2)

7 JUN 2015 (AHAD)

 
 
So dr Sensoji Tample aku bergerak semula ke Minani-senju station jam 14;30.(mungkin ada station lain yg terdekat.tp aku tak konfiden) naik bas semula ke Minami-Senju Station. Dr Minami Senju terus ke Ryogoku station ( 20min ), dari Ryogoku ni kite kena jalan dalam 8-10 minit nak smpai ke Edo Tokyo Museum.
mural kat tepi tembok tren

 
 Aku naik Sobu Line.
 
Sobu Line ni melalui Akihabara Station.., Dlam pemikiran aku…Why not siggah sekejap nt otw blik dr muzium..(kalau sempat) lagi pon Akihabara mmg ada dalam list aku tuk melawat..hhehe…


So muzium tutup kul 5. Aku smpai dalam jam 15;10.. maka xde la habes sgt aku ronda Edo Tokyo Museum ni. Muzium ni unik! Sbb entrance kita kena naik escalator kat atas bngunan…n it’s start dari atas…kita akan smpai tgkat 6 then barulah kita turun satu tgkat ke satu tgkat.. Tiket masuk 600¥….
 
 
replica jambatan ketika mula masuk muzium (kagum)
 
Best kat museum ni…seronok aku explore 1 persatu zaman di Jepun..bermula dgn zaman edo hingga kini…


replika perkapungan edo..serius kagum satu per satu miniature tu lain

reka bentuk dalaman istana Jepun

tandu


boleh try angkat

 
budaya n perayaan2 kat Jepun ni pon ada dlm museum ni. Just sayang sbb aku xdpt nak faham sgt..klo ade tour guide gerenti lebih memahami setiap selok-belok museum ni!



nasib baik ada amoi comei amekkan pic
Ni da masuk zaman Inggeris datang.. ada pengaruh skit2 dr sna.
 
beca

telfon lama..hikhik..
 
1st car buaatan Jepun

ini suasana rumah di Jepun

sebelum kemunculan tndas hi-tech

ni salah satu area Tokyo mengalami gempa bumi.
ada sa
ada satu sector tg kejadian gempa bumi di Tokyo.tp syg, bateri aku da nk abes..so tiang Tokyo tu je lah yg ada.. Aku keluar dr muzium dalam kul 4.30 sbb aku rasa aku perlu singgah Akihabara..hahaha
Perjalanan blik aku menuju ke Station Ryogoku u jupa kedai 100¥..
 
 
smpt aku membeli belah kat sni jap..beli passport holder je pon.haha. so next,  kita singgah AKIHABARA!!!!