pemilikbegtarikpatah

Saturday, September 26, 2015

Check-in Check-out

Entri kali ni nak cerita tentang penginapan aku kat Jepun selama 6 hari tu.

Sebelum tu aku nak mohon maaf klo lambat kluar pasal entri2 pasal trip Jepun aku ni.

Ok, my 1st nite aku di Takayama..Pekan yang mystery pada aku... Takayama adalah satu tmpat yang menarik tuk dilawati. Walaupon kawasan ni tak la bape maju, namun ia mempunyai ciri2 dan pekej lengkap tuk dilawati.

Di Takayama aku bermalam di Sakura Guest House.


Dari Takayama densya (station) ke Sakura Guest  House dalam 1.6km.. jalan kaki dalam 17 min kata Google Maps. tapi aku rasa klo jalan berpeluh keti jugak tu...oleh sebab aku smpai agak malam..so aku xde la brani nak jalan kaki dgn beg aku yg patah tu...1st day la katakan.. aku nak teksi malam tu ke guest house tu.. aku pilih bilik kongsi 8 tapi syukur masa tu ade 2 org je dlm tu termasuk aku..so xde la crowded sgt. Lucky me. Harga semalam kat Sakura Guest House aku dapat 2500¥ duit kita dalam RM 75.00 (masa RM lom jatuh).leh booking kat sni SakuraGuestHouse  Dari segi bilik air toilet pada aku bersih. Bilik  mandi jenis bilik kecik n tandas pula jenis duduk hi-tech lah..tekan kua air..hehe.. Kelengkapan semua ada kat dapur. Mesin Basuh Syiling pon ade. tip top.....
bilik tuk 8 orang

katil bersih dah selesa

with uncle yg duk kat reception (English bole thn la)
Bagusnya Guest House ni deat dgn Hida Folk House. Leh sewa basikal then kayuh lah ke atas bukit pergi Folk House tu, smbil2 leh tgk pemandangan sawah, rumah lama, ada Teddy Bear Café best lah!! huhu aku boleh cakap kat sni pemandangan di Takayama ni mmg aku bagi cap jempollah pada mereka2 sukakan nature!! oh ya.. Area sni sejuk. syok jeww...

pemandangan dr tgkap bilik pada pukul 3.29 a.m (subuh)


pemandangan pukul 8.30 a.m. view yg osem kan??


Ok. 2nd nite adalah di Toyama. di Toyama I aku bermalam Ryokan Kiyota. Perjalanan dr Toyama Densya ke Ryokan Kiyota 1.4 km. (jalan kaki 17 min) tp aku naik teksi kena dalam 1050¥. Ryokan adalah hotel yang reka bentuk nya kita akan rasa  n feel Jepun., tilam dia, meja jepun dia, alas tatami even pintu slide jepun tu..merasa dek feel org Jepun.




Bab harga pulak 3240¥ (RM 97) dan Lucky Me again, aku sebenarnya book bilik kongsi (duduk 6 org). Tp bertuahnya aku, aku dapat bilik sorang sebab bilik dia yang berkongsi full..Lucky tak?? the reason aku pilih hotel ni sebab klo ikotkan dekat dengan Toyama Densya, sebab esok nya pag2 plan aku ke  Alpine Route. Hotel ni juga dekat dgn pengangkutan awm iaitu Chitetsu Toyama Line pada esok pagi aku pergi ke Toyama Densya menaiki tremcar ni sbb dapat tiket percuma.!!



Nak cite pasal bilik air lak. Bilik air dan bilik mandi bersih, cuma ilik air kena kongsi beb!!! JAPANESE STYLE. So subuh2 lagi aku da mandi awal2 takot kena kongsi. Kene berbog**..hikhik..malu siot. Toilet ada jenis duduk dan cangkung. Level bilik aku tu jenis cangkung.
pada aku pengalaman yg best...Yg penting aku MERASA yo!! cap jempol jugak aku bagi pada mereka yg nak sesuatu kelainan!!

with Hamai Noriko (sgt baik n peramah)
My 3rd hotel adalah di Tokyo!!! kat Tokyo aku stay selama 4 hari 3malam. oleh sebab aku nak berjalan sakan di Tokyo. Maka aku perlu lah mencari hotel yang dekat dengan pengangkutan awan dan attraction . Lalu aku memilih untuk bermalam di Juyoh Hotel.

4 hari 3 malam di sini aku di caj sebanyak 9700¥ (RM 286) kira satu malam RM 95. Ok la..Bajet What??! hotel ni dekat dengan attraction spt ASAkusa Temple, Tokyo Tower dll. nak ke DISNEYLAND/ SEA pon senang.

Asakusa Tample

Tokyo Tower blakang tu

Kat Tokyo ni aku pilih ntuk duk bilik sorang... sebab aku akan banyak travel..risau lak beg tggalkan kalau duk bilik kongsi. dengan harga yang camtu dapat jugak aku bilik sorang tapi kecik je. memadai lah sbb nak tempat tidur je,janji ada airkon . Dalam bilik ni tv pon takde. gambar leh tgk kat link aku bagi tu kat Juyoh Hotel.

kunci bilik aku..beso. elok tggl kan kat kaunter bila klua

Bilik air lak terletak kat floor paling atas. Bersih. Wangi dan lengkap.. Toilet pon sama cam biasa lah toilet hi-tech.



Kalau nak basuh baju pon boleh, beli sabun kat kaunter bawah.


Oh ya!! dari densya terdekat ke hotel ni adalah station Minami-Senju. So jalan dari Minami- Senju tu dalam 1km (15-20min jalan kaki) n jalan area ke hotel sunyi malam2..but still safe.


Hotel ke 4  aku di OSAKA sebelum aku berjumpa dgn group sekolah aku...yeahhhh!!!. so aku hanya decide nak tidur je maka aku ambil n choose Backpackers Hotel Toyo. Hotel yg paling murah stakat ni dalam percutian bajet aku. 1900¥ (RM57) untuk satu malam.


hotel penuh artistik

Ruang hotel lebih kurang mcm Juyoh Hotel tapi ada tv. Nak view ttg hotel leh klik kat link yea...
hotel nii dekat dengan Shin-Imamiya Station. Dalam 400m je aku jalan kaki dalam 10 min je la.
toilet dan bilik mandi cam biasa bersih.

Itu lah dia Entri pasal hotel aku pergi solo trip sulong aku. Pesanan aku jgn risau lah akan kebersihan kat hotel kat Jepun ni.Walaupon jenis toilet sharing tetap bersih dan berjaga. Pengalaman indah aku adalah aku belajar bagaimana  tuk cari sesuatu tempat tu, yakin pada diri dan gunakan kepakaran kebolehan yg aku ada! SETIAP MANUSIA ITU UNIK KAN?!!