pemilikbegtarikpatah

Friday, June 5, 2015

TAKAYAMA - FURUI MACHINAMI - TOYAMA (DAY 2)

 

DAY 2

5 JUN 2015 (JUMAAT)

 
Sepatutnya ari Ni aku nak p ke Shirakawago tapi disebab kan Kata uncle Kat reception aku Perlu book dlu seat, maka aku Matikan hasrat Ku ke Shirakawago.. oleh sebab Ku tgk cuaca mendung, persekitaran Takayama aku Rasa nak buat activity berbasikal..then uncle ada sebut Pasal HIDA FOLKS VILLAGE
 
n Katanya Antara 1 of attraction Kat Takayama. So aku pon nk try lah…kat SAKURA GUEST HOUSE ada menawarkan perkhidmatan basikal sewa Dalam 300 ¥ tuk 6 jam .
 
get ready to go!
Sebelum aku berbasikal tu, aku greeting la dgn uncle reception dlu, kite kena la berbudi Bahasa kan.
 
Then uncle tu bgtau yg kemungkinan cuaca akan hujan tghari, then dia menghulurkan sekaki payung pada aku.. kot2 hujan nt. So im saying “ARIGATO”  .  Bertimbang rasa betul org Jepun ni. Aku pon bebasikal ke HIDA FOLKS VILLAGE… Mmg sgt dekat.. smbil tu banyak tempat juga aku benti tuk ambil gmbar dan nikmati keindahan ciptaan ILLahi di Bumi Takayama ni. Alhamdulillah...
 
 
Belakang guest house ni je… Dan pemandangan sekitar HIDA FOLKS VILLAGE mmg tak merugikan.. worth it to visit!! Entrance fee dalam 700 ¥.
 
main entrance
Aku round2 sekitar HIDA FOLKS VILLAGE. Pokok, pelbagai jenis rumah, haiwan, dan yg paling indah… ialah MEMORI!!! Tak dapat weh kat mana2…. Oh ya..aku lupa lak nak bgtau, area Takayama kawasan pergunungan. Cuaca kat sni sejuk… aku bru tau…hahah… so berguna juga la jeket yg aku bawa ni. Aku rasa cuaca dalam 20°c jugak lah.
 
 
 
 
 
 
Setiap rumah kat sni ada cop tuk kita buat sebagai tanda kenagan..  So leh la I letak cop kat my travel book nih!
 
 
 

padi pon mereka taman. bukan padi palsu yea!


dalam ni pon ade kebun sayur
 suasana dalam ni memang betul2 macam perkampunganedo walaupon tempat ni adalah lawatan.  Pekerja2 kat sni mmg bercucuk tanam, ia membuatkan tmpat ni lagi unik. kita seolah-olah merasakan seperti tempat ni mmg wujud dan rasa ia bukan di buat-buat seperti rasa ada orang yang tinggal kat sni. susah aku nak gambarkan apa perasaan aku kat korang.huhu...

belakang rumah ada kayu api

bangsal ternakan

tak Jepun lah kalau takde benda ni..huhu



selfie last!!
 

 
nyaman je kan tgk! its time to go!!


 leh tgk videolog aku nih


 
Waktu aku nak balik tu dalam kul 12..n betul kata uncle tu.. mmg hujan… nasib baik la gerimis.. So aku berbasikal blik ke guest house nak p kejar train (dennsya in japanese). Oleh sebab cuaca yg gerimis n beg aku masih rosak..so aku nak senang aku kol teksi je lah…aku minta bantuan uncle tu tuk call teksi. Then aku pulangkan payung yg diberikan tu. Tp betapa bertimbang rasa nya uncle ni dia bagi aku payung tu, baik nya org jepun ni.. Terharu sgt… tambang teksi ke Takayama Densya dalam 920 ¥.
 
 
Sebelum naik tren aku tgk dlu jadual train ke Toyama, kot-kot aku leh p meronda lagi sekitar Takayama. Sebelum ni aku aku ade la buat sedikit research ttg Takayama ni. Takayama terkenal juga dengan kawasan perlancongannya. Dan antara tempat yang aku berminat tuk ambil gambar adalah kat FURUI MACHINAMI.


suka aku main menatang ni masa kecik2

rokok pon ada vending mechine hokey!!



kena jalan kaki dlu n ke sana. dari Takayama Densya 20 min, kalau cari kat google maps ia akan bagi  nama Sanmachi Suji, Japan. 1.4km
Aku dapat info ttg kawasan ni dr majalah Good Luck Trip. Bole download majalah2 online ttg jepun kat web tu (info sgt berguna tuk study tmpat nak visit)…. Sangat lawa tempat ni…rasa macam “Slip back in time”.
akhirnya smpai

Kat sini aku smpat nak membeli 1 stokin sebagai cenderahati kenangan aku berada kat sni n sebab aku sejuk…huhu…plus gerimis…dah tentu la sejuk. Uhuhuhu…
 
kat sni aku hanya berjalan dan menikmati ‘the feel’ kat sni… mmg cap jempol lah aku bagi!!
 
Aku teruskan perjalanan ke Toyama menaiki HIDA LIMITED EXPRESS 15.10 – 16.48.
So aku ke Takayama dennsya tuk pergi ke Toyama. Kalau ikotkan mlm ni aku ade date berjumpa dgn kwn yg kami berhubung melalui fb.. die belajar kat Jepun ni..kebetulan dia duk ka Toyama, so we plan to meet up.
Aku taknak lewat sampai ke Toyama, sebab aku nak beli tiket tuk aktiviti esok  ALPINE ROUTE dan lagi pun aku kena cek in kat hotel kat Toyama tu…
Sampai toyama aku terus Tanya kat reception lokasi beli tiket Alpine Route. Dan aku pergi sna tuk dapatkan kepastian ttg harga dan waktu. (ala, yg dalam cte Jejak Jepun Zizan tu!!)
 
Tiket hanya boleh beli pada esok hari. Maka kena la beli esok pagi2. Then aku decide tuk pergi ke hotel tuk aku bermalam hari ni naik teksi dr toyama station ke hostel 1050 ¥ … kali ni aku pilih hostel jenis ryokan…tatami… JEPUN SANGAT!! 
 
 RYOKAN KIYOTA 1 MALAM 3240 ¥.
Aktiviti aku belum terhenti di sini... jumpa dgn kwn aku Adam pick up aku dalam kul 8 lebih mcm tu. 


 
dia belanja aku makan nasi belut!! rare hokey!!

 
nasi big bowl ok! aku xhabes mkn! sedap!

Dan paling utama!! aku perlu cari gam gajah di bumi Jepun tuk beg aku yg patah tu!! Remember??hahah. 1st dia bawa aku p mall sebab misi aku nak cari kasut sport sbb my feet so damn hurt. Salah bawa kasut aku. Maka terbang juga lah 4320¥ , tp xpe lah, mmg ada niat nak beli kasut running tuk marathon. Dan kalau aku tak beli mmg naya sbb esok lagi bnyk aku kena jalan tuk explore ALPINE ROUTE.hehe tak sabar aku. Then lepas tu die bawa aku p Don Quijote  (sebut nya camni donkihote). Macam2 benda dijual kat sni.haha. 
 
antara brg yg dijual kat donkihote, berfikir2 nak beli beg baru sebenarnya!!

Nak Cari Gam Gajah Pon Ada Kat Sni..FYI donkihote ni open 24 hous hokey!!  Menang! dan paling utama adalah supper kita, TAKOYAKI.
Lipton Cream tu mmg sgt sedap! tako pon terbaik!!(Adam banje)
Then Adam tunjuk beberapa makan yang boleh makan kat Jepun ni. Lepas itu kita balik  hotel for next day explore!! byk sgt enri kali ni. dan aku dpt rasakan entri seterusnya pon sgt panjang..tggu je la korang bace smpai muntah..hehe..caaooo!!
 
 
 
 
 
 

Thursday, June 4, 2015

OSAKA - NAGOYA - TAKAYAMA (DAY 1)


4 JUN 2015 (KHAMIS)

Smpai ke Kansai Airport dalam 7.40 a.m tgu beg n so on kluar dr balai ketibaan dalam 8.20 a.m … aku ronda2 apa yg ada kat airport tu dlu… 1st opkos aku cari troli.. 2nd aku cari tandas then bru aku legar2 sekitar airport tu. Aku ade la terjumpa mesin Sim card ni..pada sapa2 nk beli sim card kat Jepun boleh beli la dgn harga sekian-sekian.
 
 

Aku duk lepak2 dlu kat airport tu sblm aku bergerak ke destinasi seterusnya..aku kua kan ilteneri aku cek dr sni ke Nagoya.. keluarkan slip JR pas aku…n simkad ku aku nak tuka siap2. Cara nak tuka JR Pass ni aku akan tulis kat entri sini nanti.
 
Aku naik tren dr Kansai airport ke Kyoto station
target destinasi aku ke Nagoya Castle
Oleh sebab beg aku da patah(sengal)..aku pon xnk la mengheret beg tu sna sni…aku p la masukan beg aku kat locker..so aku hanya bawak beg sandang dan slig bag je. Locker caj dalm 500 ¥ , aku bongkar apa yg ada dalm beg aku.. sbb perut aku menandakan tanda2 lapar walau aku da pon melantak nasi lemak separuh dan roti.. nasib ada roti tu.. so aku bawak 2 batang sosej omakane.. boleh la wat tahan n alas apa yg patut.
 
Perjalan p tu dalm sejam jugak la… jenuh aku berjalan… smpat selpie apa patut… dah xde org nk amek pic kan…
 
cuaca mmg sangat berangin… so takde lah rasa panas sangat..Alhamdulillah… perjalanan agak jauh jugak… n rushing dah mcm running man dah rasa.. aku tuka la.. running gurl.… aku smpai dalam 4.30 petang.
 
 Amoi tu ckp tutup jam 5..haaa…apa lagi..running gurl lagi lah aku selpie apa yg patut…



Kawasan dalam istana tak boleh masuk. Yg boleh masuk ruang persekitaran istana tu.. smpat la verangan jd gundik raja jepun..hahah.tu smpat aku masuk dalam kawasan istana tu.. nak masuk sini kena caj 500 Yen. Kalau pakej dalam istana tak pasti pulak..sbb aku smpai mereka da pun tutup istana tu. Jam 5 tepat aku keluar..smpt lagi aku minta uncle jepun tu tangkap gbar aku kat depan gate istana..nasib uncle nk tolong…
 
 Kemudian bersambung episode aku running gurl lagi ke station tuk kejar tren yng kul 5 lebih ke Takayama. Aku gunakan seluruh kudrat aku tuk cepat smpai. Serius aku xlarat…klo boleh tanggal kasut aku buat!! TAPI nanti kang buat malu rakyat mesia lak kang..
 
 
Smpai2 je aku terus p kat bahagian information..tny tren ke Takayama kul bape…aku masa tu smpai dalam 5.30. die kata jam 5.43…korang rasa?? Apa reaksi aku?? Mau tak kelam kelibut aku p amek beg kat locker bagai…tu yng gmbar locker aku xdpt nk tunjuk…sory…
Alhamdulillah , aku smpai juga kejar tren ke Takayama ni..Jgn salah tren sudehh!
Menuju ke Takayama.. naik JR Limited Hida Express 17.43 – 20:40
Sepanjang perjalanan ke Takayama.aku dihidangkan dengan pemandangan yang cukup cantik sepanjang perjalanan…orang jepun ni mmg suka menanam….sepanjang aku jalan dr Osaka…kita akan nmpak macam-macam jenis tanaman..padi, sayuran…sejuk je mata memandang…
Aku smpai Takayama Station tu agak malam..dalam pukul 8.40 mlm
oleh sebab da gelap aku pun terus cri cab… dr naik cab tambang dalam  740 ¥
aku terus chek in ke SAKURA GUEST HOUSE satu malam kat sni 2500 ¥
Smpai je aku terus uruskan Barang2 aku Dalam beg ,
kemas dan keluarkan apa yang penting
 
kluarkan makanan, p dapur masak nasik goreng pak brahim ..then tidur tuk next explore tomorrow.
 
dari pagi tak makan.sgt lapar

Tuesday, May 26, 2015

PREpare For Japan (#begtarikpink)

Hari aku da mula pack all my things dalam beg Tarik aku...

beg penuh makanan

kalau ikutkan tggal lagi beberapa hari je lagi aku akan berangkat n terbang ke Osaka Jepun.
Februari tahun lepas adalah titik tolak permulaan aku melihat Negara jepun (Tokyo) yg aku admire sgt2.... apa yg aku admire?? EVERYTHING..... I mean I ADMIRE everything ttg jepun...orang nya, budaya nya, teknologi nya...

 so kali ni aku berpeluang ke sana lgi... kali ni aku akan pergi seberapa byk tmpt yg aku boleh p... sebenarnya sekolah aku ada buat Program Pertukaran Kebudayaan dan Pembelajaran ke Osaka.

on 10 -14hb Jun 2015...so I decide tuk pergi sendiri awal..aku pergi 4hb. Jun 2015, 6 hari awal dari trip skolah anjurkan... aku pastikan semua kerja aku telah settle kan b4 aku p. surat, video persembahan (budak buat) latih budak tuk persembahan, hadiah, sponser, n macam-macam lagi.


Aku Cuba dapat kan pelbagai info pasal Jepun masa Matta Fair Mac lalu...
aku nak p sndr kan 4 hb tu...so kena la study tmpat dlu..so library paling lengkap adalah Matta Fair..hehe

antara pamphlet yg aku da study n belek2
kat Matta Fair jugak aku da dacide tu travel menggunakan Rail Pass Japan.
aku beli melalui HIS Travel http://www.his.com.my/ masa aku pergi Matta Fair.
harga masa Matta murah sikit berbanding dalam web. Aku dapat beli dengan harga RM890 tuk travel menggunakan train kat Jepun selama 7 hari.

selalu aku usha2 info kat web http://www.japan-rail-pass.com/


 

ni bukan pas sebenar..ni juz temporary perlu tukar kat airport nt..pergi ke kaunter tuk dapat kan pass.

dari segi poket money pulak...aku dah pon tanam azam awal tahun 2015 tuk smpan duit sikit2 tuk wat tambah2 duit aku. so aku dah pon merealisasikan azam aku dgn tabung ni..hehe...

berazam hanya buka bila nak pergi.
so pada tarikh 26hb May..aku pon tebuk tabung ni....adalah dalam RM600..hehe... boleh buat tambah-tambah apa yang patut kan...

so sampai sni je entry aku ttg persediaan Solo travel aku ke Jepun...

InSyaAllah aku akn buat travelog solo aku ke jepun ni..dr segi costing, tempat dilawati, hotel DLL.


Monday, April 27, 2015

LARIAN SPEKTRA UM 28 April 15

Dari bulan January lagi dah daftar tuk larian spektra ni.mula nya dlu nama larian ni color run..tapi jenama dah digunakan oleh organisasi lain, maka nama larian tu ditukar dengan larian spektra.

kebetulan pada masa yang sama aku menguruskan Program Kepimpinan PRS SMKKD10. kali ni aku buat bersama sekolah-sekolah zon Kota Damansara. So, aku menunaikan dahulu tanggungjawab aku dan memberi komitmen pada kem aku..aku bertolak pagi dar Kem Lubok Mangging ke UM, Cikgi Nani dah pon nunggu aku kat UM. cam biasa lah partner aku cikgi nani lah meneman kan lari.