pemilikbegtarikpatah

Sunday, June 7, 2015

ASAKUSA - SENSOJI TEMPLE (Day 4 part 1)

DAY 4 (part 1)

7 JUN 2015 (AHAD)

Hari ke 4 aku bg lewat skit setelah berjalan 3 hari 2 malam kat Jepun ni…smpai sakit2 kaki..hhuhu..so ari ni mmg planning tuk laundry baju . Hari ni juga aku mmg takde plan nak p mana.. so aku buat kajian skit mana tmpat yg aku boleh pegi tuk hari pertama aku di Tokyo ni. Last year aku dah pun menjejaki kota Tokyo ni. Tp ada beberapa tmpt terpaksa dibatalkan sbb berikutan ribut salji. So kali ni aku decide nak pegi tmpt yg xdpt pegi last year iaitu Asakusa Sensoji Temple. Kata nya Asakusa adalah satu tmpt menarik tu dilawati.
 
Aku mmg memilih hotel yang dekat dgn temple tersebut..so aku bertolak agak lewat dr hotel dalam pukul 12.
merasa naik bas awam
 
Aku naik bas tambang ke Sensoji Tample . Naik bas kena 210¥ dalam 20 minit (sbb dia byk benti2). Dia turunkan berhampiran dengan Sumida River.

Skytree Tokyo n bangunan unik tu!
 
Tak nmpak byg langsung mana Temple tu, tp aku nmpak Tokyo Skytree dan satu bangunan unik yng aku taktau apa dia(rupanya itu Asahi Beer Tokyo Tower…hahah).



Sumida river




Obachan yg dah tua ttp berjalan

 

 Dan baru aku tahu rupanya Tokyo Skytree tu dekat de!! Tp xde xde dlm list aku nk p.huhu.. Bagi aku dpt tgk pon da cukup gembira..mmg gah di situ!! So aku tny org mana nak p tample tu. Akhirnya smpai aku di Tample yg cukup fames!! Terutama main entrance dia!!
main entrance
 
street stall sepanjang ke gate 2

mochi!!

 
banyak kedai-kedai souvenir leh beli (aku jalan2je..souvenir tuk kwn2 aku adalah gmbr2 aku ni) hehe
 
 
 
  
 
 
At sni mmg ramai org!! havoc tmpt ni!! Ade beca dia!! Ramai yg pakai kimono!! Excited aku..
 
rupanya area sni mmg ade buat sewa kimono..(aku tak try sbb mahal sgt. Bajet lari) hahaha.

ni salah satu tmpt yg boleh g pada pecinta arnab. Mcm cat Café play with rabbit...huhu..aku survey tp rupanya mahal jugak sejam dlm 2000¥ xsilap aku...so mmg out lah dr listing aku..haha
 
 
 
So aku beredar dr tample tu ke destinasi seterusnya iaitu Edo Tokyo Museum! Next day 4 part 2
 

Saturday, June 6, 2015

Alpine Route - Tokyo (Day 3 part 2)

DAY 3 (part 2)

6 JUN 2015 (SABTU)

Toyama > Alpine Route > TOKYO

station Shinano-Omachi


Setelah selesai aktiviti di Alpine Route kita berada di last pitstop kat Shinano-Omachi ni, dr sni aku terus ke Tokyo. Sebelum tu, aku ambil beg aku yg aku pos dr Toyama.
ambil beg kat kedai tepi station
 
Tmpat ambil beg sebelah je dr station Shinno-Omachi.

Perjalanan  ke Tokyo ni agak jauh juga sbenarnya…melalui kajian aku baca di blogger. Kebanyakkn stay kat shinano-Omachi , kemudian esoknya terus ke Tokyo. Oleh sbb aku takmau membuang masa, maka aku teruskan juga ke Tokyo (sbb tu byk sudut aku xbape explore kat Alpine Route). Nak ke Tokyo cepat adalah dgn shinkansen tapi aku kena buat byk pertukaran tren.

Nak ke Tokyo aku kena buat 2 pertukaran.



Tren 1st aku naik Resort View Furusato dari Shinano-Omachi ke Nagano. Perjalanan dalam 2 jam (jam 16:18 – 18:28). Tren n mmg berbeza dgn tren sblm2 ni aku penah naik.

Siap ada pramugari dalam tren ni. Tmpt duduk luas dan selesa..
 
bab tandas dlm tren ni mmg toksah cakap la..luas..ko leh menari zapin dlm tandas dia yg luas tu.
 
Tren ni leh dikatakan cam tren mewah smbil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. 
sawah padi mengguning
 
rumah kt sni mcm moden skit

 


 Then 2nd  aku naik Hokuriku Shinkansen ke Ueno(Tokyo) dari Nagano (lebih kurang 1jam 30 min).
alas perut dgn onigiri..super yummy
best naik tren leh caj fon!


Aku trun ke Ueno Station sbb aku nak ke hotel aku bermalam sepanjang di Tokyo. Iaitu Juyoh Hotel.


Joban line platform 12

Dari Ueno aku perlu naik Joban Line tuk ke Station berhampiran dgn hotel aku iaitu Station Minami-Senju.
punya banyak risalah tuk tourist.klo sesat jugak tak tau lah!

Walk dlm 15 min jumpa lah hotel.. aku smpai dalm kul 9. Masih dalam timeframe aku!! Yahoo!!! mission accomplished!! Aku Laparrrr….. so  aKu Check in, mandi, makan.upload. What a Wonderfull life!!
my simple dinner tonite
 Tamat untuk day 3. Tak sabar tuk day 4!!

ALPINE ROUTE (DAY 3)

DAY 3 (part 1)

6 JUN 2015 (SABTU)

DENTETSU TOYAMA > TATEYAMA STATION > BIJODAIRA > MURADO > DAIKANTO > KUROBEDAIRA > KUROBEKO > KUROBEDAM > OGIZAWA > SHINANO-OMAICHI STATION
ALPINE ROUTE adalah satu destinasi paling gamble aku lakukan, aku dpt info bukan lah dari cerita Jejak Jepun Zizan (episode Alpine Route ku tertengok lepas pegi trip) tp aku aku cari sndr maklumat ke sni. Destinasi ni di cadangakn oleh En Sawan (agen HIS Travel) sbb dia kata snow  wall hanya ada pada waktu2 tertentu je..rugi klo tak pegi (aku pon terkesima “ haaaa!!!snow Wall” lalu aku pon cari la maklumat sndr kt web Alpine Route ni. En safwan bg info secara surface je, sbb dia sibuk sgt. Serius aku tak paham pamphlet, web, or everything yg aku search, tapi aku nekadkan jugak pergi explore. Kira ini adalah cabaran terbesar aku dalam trip kali ni. Maklumat yag ada ttg Alpine Route ni tak byk dlam blogger2 Malaysia mungkin disebabkan ia bukan lah destinasi fames yang dekat dgn center Japan. So korang klo nak lebih byk info leh rujuk Blogger2 Indonesia pasal Alpine Route ni. Or leh rujuk blog aku mungkin..hehe…
Ada 2 cara or 2 laluan nak ke Alpine Route ni. 1 bermula dari Toyama Station / Dentetsu Toyama atau laluan ke 2 dari Shinano-Omaichi (Zizan Razak bermula dari sni) itinery aku bergerak dari Toyama ke Shinano-Omachi then terus shoot Ke Tokyo. (Itenery aku dicdgkan oleh En Safwan)
 
 
Cara beli tiket samada online kat web or leh beli kat kaunter di Dentetsu Toyama (sebelah bangunan JR Toyama station)

cek sini Aku beli kat kaunter pagi2 dalam kul 9 lebih. Harga tiket adalah 9490 ¥ , duit kita dalam RM300 .

Tiket Alpine Route hanya cover dari Toyama ke Ogizawa.Dari Ogizawa nak ke Shinano-Omachi perlu naik local bas dia harga tiket 1360¥.  yup!! Mahal pada aku..tp pejamkan mata je. Sbb bila lagi nak rasa snow wall setinggi 400m tu! mereka bagi stu timetable pamplet tuk kita manage masa tour kita. Dari segi beg pula korang leh pos beg korang ke destinasi akhir di Shinano-Omachi station or hotel korang menginap.

Kenapa pos Beg?? Takkan aku nak angkut beg aku yg beso2 ke sana sini  leceh. Aku pos ke Station je, harga pos beg 1300 ¥ x 2 beg = 2600 ¥. Leh tgk sini
ni gambaran seluruh perjalanan Alpine Route
 
Alpine Route ni de 8 jenis kenderaan yg akan kita akn naik antaranya Cablecar, Tunnel Trolley Bus Ropeway, Train dan Bas.  1st dari Dentetsu Toyama ke Tateyama Station kita akan naik Toyama Chiho Rairoad.

2nd dari Tateyama Station ke Bijodaira menaiki Tateyama Cablecar ke atas.

 
3rd dari Bijodaira ke puncak gunung iaitu Murado dengan menaiki Tateyama Highland Bus kat sni lah kita jumpa snow wall. Masa ni aku sempat la "weerrkk" mabok, aku mmg xbole naik bas jln pusing2 ni. Kepada yang tak tahan perut tu sila bawa bekalan ubat. But the view sepanjang naik bas mmg superb!
 
 

Di sini lah snow wall tu...kebetulan cuaca pada ketika ini gerimis dr Toyama lag, so kat  atas  ni mmg berkabus je..bertambah sejuk bila angin datangWalaubagaimanapun aku tak melepaskan peluang merasai keterujaan aku di sni.YEAH!!


 


 4th dari Murado pergi ke Daikanbo menggunakan Tateyama Tunnel Trolley Bus. 5th adalah Tateyama Ropeway dari Daikanbo ke Kurobedaira.




6th dari Kurobedaira ke Kurobe perlu trun bukit menggunakan Kurobe Cablecar. Dari sni kita perlu berjalan menuju ke Kurobedam dan di sini lah tempat utama tarikan di Alpine Route selain Snow Wall nya.



Dari Kurobedam ke Ogizawa 7th menaiki Kanden Tunnel Trolley Bus. Dan kenderaan terakhir adalah menaiki bas ke Shinano-Omachi dari Ogizawa. Dari Shinano-Omachi ni aku teruskan perjalanan ke Tokyo. Kita bersambung ke day 3 part 2 pulak ek…