pemilikbegtarikpatah

Saturday, June 6, 2015

Alpine Route - Tokyo (Day 3 part 2)

DAY 3 (part 2)

6 JUN 2015 (SABTU)

Toyama > Alpine Route > TOKYO

station Shinano-Omachi


Setelah selesai aktiviti di Alpine Route kita berada di last pitstop kat Shinano-Omachi ni, dr sni aku terus ke Tokyo. Sebelum tu, aku ambil beg aku yg aku pos dr Toyama.
ambil beg kat kedai tepi station
 
Tmpat ambil beg sebelah je dr station Shinno-Omachi.

Perjalanan  ke Tokyo ni agak jauh juga sbenarnya…melalui kajian aku baca di blogger. Kebanyakkn stay kat shinano-Omachi , kemudian esoknya terus ke Tokyo. Oleh sbb aku takmau membuang masa, maka aku teruskan juga ke Tokyo (sbb tu byk sudut aku xbape explore kat Alpine Route). Nak ke Tokyo cepat adalah dgn shinkansen tapi aku kena buat byk pertukaran tren.

Nak ke Tokyo aku kena buat 2 pertukaran.



Tren 1st aku naik Resort View Furusato dari Shinano-Omachi ke Nagano. Perjalanan dalam 2 jam (jam 16:18 – 18:28). Tren n mmg berbeza dgn tren sblm2 ni aku penah naik.

Siap ada pramugari dalam tren ni. Tmpt duduk luas dan selesa..
 
bab tandas dlm tren ni mmg toksah cakap la..luas..ko leh menari zapin dlm tandas dia yg luas tu.
 
Tren ni leh dikatakan cam tren mewah smbil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. 
sawah padi mengguning
 
rumah kt sni mcm moden skit

 


 Then 2nd  aku naik Hokuriku Shinkansen ke Ueno(Tokyo) dari Nagano (lebih kurang 1jam 30 min).
alas perut dgn onigiri..super yummy
best naik tren leh caj fon!


Aku trun ke Ueno Station sbb aku nak ke hotel aku bermalam sepanjang di Tokyo. Iaitu Juyoh Hotel.


Joban line platform 12

Dari Ueno aku perlu naik Joban Line tuk ke Station berhampiran dgn hotel aku iaitu Station Minami-Senju.
punya banyak risalah tuk tourist.klo sesat jugak tak tau lah!

Walk dlm 15 min jumpa lah hotel.. aku smpai dalm kul 9. Masih dalam timeframe aku!! Yahoo!!! mission accomplished!! Aku Laparrrr….. so  aKu Check in, mandi, makan.upload. What a Wonderfull life!!
my simple dinner tonite
 Tamat untuk day 3. Tak sabar tuk day 4!!

No comments:

Post a Comment