pemilikbegtarikpatah

Saturday, June 6, 2015

Alpine Route - Tokyo (Day 3 part 2)

DAY 3 (part 2)

6 JUN 2015 (SABTU)

Toyama > Alpine Route > TOKYO

station Shinano-Omachi


Setelah selesai aktiviti di Alpine Route kita berada di last pitstop kat Shinano-Omachi ni, dr sni aku terus ke Tokyo. Sebelum tu, aku ambil beg aku yg aku pos dr Toyama.
ambil beg kat kedai tepi station
 
Tmpat ambil beg sebelah je dr station Shinno-Omachi.

Perjalanan  ke Tokyo ni agak jauh juga sbenarnya…melalui kajian aku baca di blogger. Kebanyakkn stay kat shinano-Omachi , kemudian esoknya terus ke Tokyo. Oleh sbb aku takmau membuang masa, maka aku teruskan juga ke Tokyo (sbb tu byk sudut aku xbape explore kat Alpine Route). Nak ke Tokyo cepat adalah dgn shinkansen tapi aku kena buat byk pertukaran tren.

Nak ke Tokyo aku kena buat 2 pertukaran.



Tren 1st aku naik Resort View Furusato dari Shinano-Omachi ke Nagano. Perjalanan dalam 2 jam (jam 16:18 – 18:28). Tren n mmg berbeza dgn tren sblm2 ni aku penah naik.

Siap ada pramugari dalam tren ni. Tmpt duduk luas dan selesa..
 
bab tandas dlm tren ni mmg toksah cakap la..luas..ko leh menari zapin dlm tandas dia yg luas tu.
 
Tren ni leh dikatakan cam tren mewah smbil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. 
sawah padi mengguning
 
rumah kt sni mcm moden skit

 


 Then 2nd  aku naik Hokuriku Shinkansen ke Ueno(Tokyo) dari Nagano (lebih kurang 1jam 30 min).
alas perut dgn onigiri..super yummy
best naik tren leh caj fon!


Aku trun ke Ueno Station sbb aku nak ke hotel aku bermalam sepanjang di Tokyo. Iaitu Juyoh Hotel.


Joban line platform 12

Dari Ueno aku perlu naik Joban Line tuk ke Station berhampiran dgn hotel aku iaitu Station Minami-Senju.
punya banyak risalah tuk tourist.klo sesat jugak tak tau lah!

Walk dlm 15 min jumpa lah hotel.. aku smpai dalm kul 9. Masih dalam timeframe aku!! Yahoo!!! mission accomplished!! Aku Laparrrr….. so  aKu Check in, mandi, makan.upload. What a Wonderfull life!!
my simple dinner tonite
 Tamat untuk day 3. Tak sabar tuk day 4!!

ALPINE ROUTE (DAY 3)

DAY 3 (part 1)

6 JUN 2015 (SABTU)

DENTETSU TOYAMA > TATEYAMA STATION > BIJODAIRA > MURADO > DAIKANTO > KUROBEDAIRA > KUROBEKO > KUROBEDAM > OGIZAWA > SHINANO-OMAICHI STATION
ALPINE ROUTE adalah satu destinasi paling gamble aku lakukan, aku dpt info bukan lah dari cerita Jejak Jepun Zizan (episode Alpine Route ku tertengok lepas pegi trip) tp aku aku cari sndr maklumat ke sni. Destinasi ni di cadangakn oleh En Sawan (agen HIS Travel) sbb dia kata snow  wall hanya ada pada waktu2 tertentu je..rugi klo tak pegi (aku pon terkesima “ haaaa!!!snow Wall” lalu aku pon cari la maklumat sndr kt web Alpine Route ni. En safwan bg info secara surface je, sbb dia sibuk sgt. Serius aku tak paham pamphlet, web, or everything yg aku search, tapi aku nekadkan jugak pergi explore. Kira ini adalah cabaran terbesar aku dalam trip kali ni. Maklumat yag ada ttg Alpine Route ni tak byk dlam blogger2 Malaysia mungkin disebabkan ia bukan lah destinasi fames yang dekat dgn center Japan. So korang klo nak lebih byk info leh rujuk Blogger2 Indonesia pasal Alpine Route ni. Or leh rujuk blog aku mungkin..hehe…
Ada 2 cara or 2 laluan nak ke Alpine Route ni. 1 bermula dari Toyama Station / Dentetsu Toyama atau laluan ke 2 dari Shinano-Omaichi (Zizan Razak bermula dari sni) itinery aku bergerak dari Toyama ke Shinano-Omachi then terus shoot Ke Tokyo. (Itenery aku dicdgkan oleh En Safwan)
 
 
Cara beli tiket samada online kat web or leh beli kat kaunter di Dentetsu Toyama (sebelah bangunan JR Toyama station)

cek sini Aku beli kat kaunter pagi2 dalam kul 9 lebih. Harga tiket adalah 9490 ¥ , duit kita dalam RM300 .

Tiket Alpine Route hanya cover dari Toyama ke Ogizawa.Dari Ogizawa nak ke Shinano-Omachi perlu naik local bas dia harga tiket 1360¥.  yup!! Mahal pada aku..tp pejamkan mata je. Sbb bila lagi nak rasa snow wall setinggi 400m tu! mereka bagi stu timetable pamplet tuk kita manage masa tour kita. Dari segi beg pula korang leh pos beg korang ke destinasi akhir di Shinano-Omachi station or hotel korang menginap.

Kenapa pos Beg?? Takkan aku nak angkut beg aku yg beso2 ke sana sini  leceh. Aku pos ke Station je, harga pos beg 1300 ¥ x 2 beg = 2600 ¥. Leh tgk sini
ni gambaran seluruh perjalanan Alpine Route
 
Alpine Route ni de 8 jenis kenderaan yg akan kita akn naik antaranya Cablecar, Tunnel Trolley Bus Ropeway, Train dan Bas.  1st dari Dentetsu Toyama ke Tateyama Station kita akan naik Toyama Chiho Rairoad.

2nd dari Tateyama Station ke Bijodaira menaiki Tateyama Cablecar ke atas.

 
3rd dari Bijodaira ke puncak gunung iaitu Murado dengan menaiki Tateyama Highland Bus kat sni lah kita jumpa snow wall. Masa ni aku sempat la "weerrkk" mabok, aku mmg xbole naik bas jln pusing2 ni. Kepada yang tak tahan perut tu sila bawa bekalan ubat. But the view sepanjang naik bas mmg superb!
 
 

Di sini lah snow wall tu...kebetulan cuaca pada ketika ini gerimis dr Toyama lag, so kat  atas  ni mmg berkabus je..bertambah sejuk bila angin datangWalaubagaimanapun aku tak melepaskan peluang merasai keterujaan aku di sni.YEAH!!


 


 4th dari Murado pergi ke Daikanbo menggunakan Tateyama Tunnel Trolley Bus. 5th adalah Tateyama Ropeway dari Daikanbo ke Kurobedaira.




6th dari Kurobedaira ke Kurobe perlu trun bukit menggunakan Kurobe Cablecar. Dari sni kita perlu berjalan menuju ke Kurobedam dan di sini lah tempat utama tarikan di Alpine Route selain Snow Wall nya.



Dari Kurobedam ke Ogizawa 7th menaiki Kanden Tunnel Trolley Bus. Dan kenderaan terakhir adalah menaiki bas ke Shinano-Omachi dari Ogizawa. Dari Shinano-Omachi ni aku teruskan perjalanan ke Tokyo. Kita bersambung ke day 3 part 2 pulak ek…

Friday, June 5, 2015

TAKAYAMA - FURUI MACHINAMI - TOYAMA (DAY 2)

 

DAY 2

5 JUN 2015 (JUMAAT)

 
Sepatutnya ari Ni aku nak p ke Shirakawago tapi disebab kan Kata uncle Kat reception aku Perlu book dlu seat, maka aku Matikan hasrat Ku ke Shirakawago.. oleh sebab Ku tgk cuaca mendung, persekitaran Takayama aku Rasa nak buat activity berbasikal..then uncle ada sebut Pasal HIDA FOLKS VILLAGE
 
n Katanya Antara 1 of attraction Kat Takayama. So aku pon nk try lah…kat SAKURA GUEST HOUSE ada menawarkan perkhidmatan basikal sewa Dalam 300 ¥ tuk 6 jam .
 
get ready to go!
Sebelum aku berbasikal tu, aku greeting la dgn uncle reception dlu, kite kena la berbudi Bahasa kan.
 
Then uncle tu bgtau yg kemungkinan cuaca akan hujan tghari, then dia menghulurkan sekaki payung pada aku.. kot2 hujan nt. So im saying “ARIGATO”  .  Bertimbang rasa betul org Jepun ni. Aku pon bebasikal ke HIDA FOLKS VILLAGE… Mmg sgt dekat.. smbil tu banyak tempat juga aku benti tuk ambil gmbar dan nikmati keindahan ciptaan ILLahi di Bumi Takayama ni. Alhamdulillah...
 
 
Belakang guest house ni je… Dan pemandangan sekitar HIDA FOLKS VILLAGE mmg tak merugikan.. worth it to visit!! Entrance fee dalam 700 ¥.
 
main entrance
Aku round2 sekitar HIDA FOLKS VILLAGE. Pokok, pelbagai jenis rumah, haiwan, dan yg paling indah… ialah MEMORI!!! Tak dapat weh kat mana2…. Oh ya..aku lupa lak nak bgtau, area Takayama kawasan pergunungan. Cuaca kat sni sejuk… aku bru tau…hahah… so berguna juga la jeket yg aku bawa ni. Aku rasa cuaca dalam 20°c jugak lah.
 
 
 
 
 
 
Setiap rumah kat sni ada cop tuk kita buat sebagai tanda kenagan..  So leh la I letak cop kat my travel book nih!
 
 
 

padi pon mereka taman. bukan padi palsu yea!


dalam ni pon ade kebun sayur
 suasana dalam ni memang betul2 macam perkampunganedo walaupon tempat ni adalah lawatan.  Pekerja2 kat sni mmg bercucuk tanam, ia membuatkan tmpat ni lagi unik. kita seolah-olah merasakan seperti tempat ni mmg wujud dan rasa ia bukan di buat-buat seperti rasa ada orang yang tinggal kat sni. susah aku nak gambarkan apa perasaan aku kat korang.huhu...

belakang rumah ada kayu api

bangsal ternakan

tak Jepun lah kalau takde benda ni..huhu



selfie last!!
 

 
nyaman je kan tgk! its time to go!!


 leh tgk videolog aku nih


 
Waktu aku nak balik tu dalam kul 12..n betul kata uncle tu.. mmg hujan… nasib baik la gerimis.. So aku berbasikal blik ke guest house nak p kejar train (dennsya in japanese). Oleh sebab cuaca yg gerimis n beg aku masih rosak..so aku nak senang aku kol teksi je lah…aku minta bantuan uncle tu tuk call teksi. Then aku pulangkan payung yg diberikan tu. Tp betapa bertimbang rasa nya uncle ni dia bagi aku payung tu, baik nya org jepun ni.. Terharu sgt… tambang teksi ke Takayama Densya dalam 920 ¥.
 
 
Sebelum naik tren aku tgk dlu jadual train ke Toyama, kot-kot aku leh p meronda lagi sekitar Takayama. Sebelum ni aku aku ade la buat sedikit research ttg Takayama ni. Takayama terkenal juga dengan kawasan perlancongannya. Dan antara tempat yang aku berminat tuk ambil gambar adalah kat FURUI MACHINAMI.


suka aku main menatang ni masa kecik2

rokok pon ada vending mechine hokey!!



kena jalan kaki dlu n ke sana. dari Takayama Densya 20 min, kalau cari kat google maps ia akan bagi  nama Sanmachi Suji, Japan. 1.4km
Aku dapat info ttg kawasan ni dr majalah Good Luck Trip. Bole download majalah2 online ttg jepun kat web tu (info sgt berguna tuk study tmpat nak visit)…. Sangat lawa tempat ni…rasa macam “Slip back in time”.
akhirnya smpai

Kat sini aku smpat nak membeli 1 stokin sebagai cenderahati kenangan aku berada kat sni n sebab aku sejuk…huhu…plus gerimis…dah tentu la sejuk. Uhuhuhu…
 
kat sni aku hanya berjalan dan menikmati ‘the feel’ kat sni… mmg cap jempol lah aku bagi!!
 
Aku teruskan perjalanan ke Toyama menaiki HIDA LIMITED EXPRESS 15.10 – 16.48.
So aku ke Takayama dennsya tuk pergi ke Toyama. Kalau ikotkan mlm ni aku ade date berjumpa dgn kwn yg kami berhubung melalui fb.. die belajar kat Jepun ni..kebetulan dia duk ka Toyama, so we plan to meet up.
Aku taknak lewat sampai ke Toyama, sebab aku nak beli tiket tuk aktiviti esok  ALPINE ROUTE dan lagi pun aku kena cek in kat hotel kat Toyama tu…
Sampai toyama aku terus Tanya kat reception lokasi beli tiket Alpine Route. Dan aku pergi sna tuk dapatkan kepastian ttg harga dan waktu. (ala, yg dalam cte Jejak Jepun Zizan tu!!)
 
Tiket hanya boleh beli pada esok hari. Maka kena la beli esok pagi2. Then aku decide tuk pergi ke hotel tuk aku bermalam hari ni naik teksi dr toyama station ke hostel 1050 ¥ … kali ni aku pilih hostel jenis ryokan…tatami… JEPUN SANGAT!! 
 
 RYOKAN KIYOTA 1 MALAM 3240 ¥.
Aktiviti aku belum terhenti di sini... jumpa dgn kwn aku Adam pick up aku dalam kul 8 lebih mcm tu. 


 
dia belanja aku makan nasi belut!! rare hokey!!

 
nasi big bowl ok! aku xhabes mkn! sedap!

Dan paling utama!! aku perlu cari gam gajah di bumi Jepun tuk beg aku yg patah tu!! Remember??hahah. 1st dia bawa aku p mall sebab misi aku nak cari kasut sport sbb my feet so damn hurt. Salah bawa kasut aku. Maka terbang juga lah 4320¥ , tp xpe lah, mmg ada niat nak beli kasut running tuk marathon. Dan kalau aku tak beli mmg naya sbb esok lagi bnyk aku kena jalan tuk explore ALPINE ROUTE.hehe tak sabar aku. Then lepas tu die bawa aku p Don Quijote  (sebut nya camni donkihote). Macam2 benda dijual kat sni.haha. 
 
antara brg yg dijual kat donkihote, berfikir2 nak beli beg baru sebenarnya!!

Nak Cari Gam Gajah Pon Ada Kat Sni..FYI donkihote ni open 24 hous hokey!!  Menang! dan paling utama adalah supper kita, TAKOYAKI.
Lipton Cream tu mmg sgt sedap! tako pon terbaik!!(Adam banje)
Then Adam tunjuk beberapa makan yang boleh makan kat Jepun ni. Lepas itu kita balik  hotel for next day explore!! byk sgt enri kali ni. dan aku dpt rasakan entri seterusnya pon sgt panjang..tggu je la korang bace smpai muntah..hehe..caaooo!!